Tuesday, May 11, 2010

TIDAK HAMIL TAPI TIADA HAID

 

Tiga ujian air kencing tidak menunjukan saya mengandung, tapi mengapa saya masih tidak datang haid?

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.

Kadang-kadang wanita terpaksa mengambil ubat menolong mengatasi ketidak seimbangan hormon ini supaya mereka mempunyai kitaran haid dengan normal tetapi sekiranya anda tidak mengalami haid selama 3-4 bulan berturut-turut, dan ujian didapati negatif, anda perlulah berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengalami masalah seperti berikut

Terlalu banyak hormon prolaktin

Sekiranya terlalu banyak hormon prolaktin, wanita mungkin tidak akan mengalami haid berbulan-bulan lamanya. Kita selalunya menghasilkan hormon prolaktin semasa menyusu badan anak, sebab itulah, kita tidak dating haid diwaktu itu, sekiranya ini terjadi kepada anda, mungkin anda akan perasan sedikit cecair seperti susu keluar dari putting. Keadaan ini selalunya dirawat mengunakan ubat.

Masalah tiroid berlebihan

Sekiranya kelenjar tiroid anda tidak berkerja dengan betul, ia boleh menganggu haid anda. Simtom-simtom lain termasuklah keletihan yang berpanjangan, rambut gugur, kenaikkan berat badan, rasa sejuk yang berpanjangan. Sedikit ujian darah boleh menentukan samada anda mengalami masalah ini.

7 comments:

  1. kitaran haid sy tidak teratur...dalam masa 3 bln atau 5bln baru keluar sehari,,itu pun hanya sekali...adakah masaalah ini,akan membuatkan saya menimang cahaya mata kurang???

    ReplyDelete
  2. pada tahun lalu haid saya sangat teratur tetapi apabila masuk tahun baru haid saya langsung tak pernah keluar lagi.....ada kah itu akan menjejaskan bila saya kahwin nanti ?????masih kah saya dapat anak jika haid saya tak pernah keluar selama 5bulan ???????

    ReplyDelete
  3. safika & hmmmmm : salam. amat penting bagi seorang wanita yang ingin hamil, perlu memastikan keadaan badan anda dalam kondusi yang sihat termasuklah kitaran haid yang teratur. Ini penting. Jika tiada kehadiran haid dlm tempoh yang agak lama, ia bukan perkara normal jadi jgn dibiarkan berlarutan. Cadangan sy rujuk doktor segera untuk kepastian. Dan dalam masa yang sama sy syorkan juga untuk anda mencuba amalkan PCN sebagai solusi dalaman dalam memperbetulkan semula sistem badan termasuklah balancekan hormon agar masalah ini dpt diatasi. Pengalaman sy sendiri seorang rakan tidak pernah hadir haid sejak tingkatan 5 hingga beliau melanjutkan pelajaran ke USM. Tapi setelah mencuba PCN beliau akhirnya telah mula datang kembali haid nya setelah lebih kurang 2 bulan mencuba. mungkin anda boleh mencuba.

    ReplyDelete
  4. salam..

    saya ada pertanyaan. saya ada seorang cahaya mata berumur 2tahun dan masih menyusu badan. sebelum ini saya mengambil suntikan pencegah kehamilan untuk 3 bulan sekali. tetapi saya dah berhenti mengambilnya dan suntikan trakhir adalah pada bulan 4 2011. selepas 6 bulan iaitu pada bulan 10 saya datang haid. begitu juga pada bulan 11 walaupun kitarannya lebih dari 35hari. pada bulan 12 hingga sekarang saya masih belum datang haid. saya juga mengalami mual2. saya juga dah buat urine test tetapi negative. saya amat berharap untuk mengandung anak ke 2. apa pandangannya??

    ReplyDelete
  5. salam...

    sy sudah berkahwin..haid sy bulan lepas lmbat 3 hari bln ni lmbt 5 hari...ape mslh sy...?? mula nye sy ingt hamil ttp buat pemeriksaan xde pun...adakah biasa utk org yg sudah berkahwin..??

    ReplyDelete
  6. PCN tu ape? mana boleh saya dapatkan?

    ReplyDelete
  7. sy .xdtg priod dr trkh biasa.shri dr trkh 2 kmudian sy check upt tp -ve..sedangkn sebelum ni sy priod mcm slalu trkh yg sma.dan sy dh pn berkhwin.knapa 2 yer?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...