Saturday, July 3, 2010

Nikmati Hidup Selesa


Atasi Masalah Sakit Sendi Yang Kerap Belenggu Wanita

BANYAK kajian menunjukkan lebih ramai wanita menderita sakit sendi yang lebih teruk berbanding lelaki. Seandainya anda seorang wanita, kemungkinan anda mengalami sakit sendi lebih tinggi daripada seorang lelaki, malahan bahagian tubuh anda yang lain mungkin turut terjejas.

Tidak adil? Mungkin juga. Mengapakah wanita diserang sakit sendi? Sememangnya mengecewakan kerana sakit sendi membataskan pergerakan dan menghalang anda menikmati hidup sepenuhnya. Namun, terdapat alasan yang munasabah mengapa sakit sendi menghantui ramai wanita berbanding lelaki.

Sakit sendi dan anatomi wanita

Pakar dan Pengarah Pain Clinic di Pusat Perubatan Universiti Kentucky Lexington, Dr Tarvez Tucker, berkata menjadi kebiasaan wanita berasa sakit lebih intensif dan lebih kerap berbanding lelaki.

Ini kerana tubuh wanita berbeza daripada tubuh lelaki. Sesetengah perbezaan ini mempunyai kesan besar terhadap bagaimana sakit sendi menyerang wanita. Sebab utama ialah wanita memiliki rawan yang kurang di sendi mereka berbanding lelaki, mahupun jika perbezaan jisim badan diambil kira.

Apabila sendi kekurangan rawan, maka kuranglah kusyen. Oleh itu, anda akan lebih mengalaminya apabila pemusnahan rawan mula berlaku.

Keduanya, pakar berpendapat satu penahan sakit semula jadi badan iaitu endorphine, bertindak dengan lebih efektif dalam tubuh badan lelaki berbanding wanita.

Patrick Wood, seorang doktor perubatan serta pakar penyelidik di Universiti Louisiana Shreveport, yang juga penasihat pe-rubatan kepada National Fibromyalgia Association pula berkata kajian menunjukkan wanita membebaskan kurang bahan kimia otak, dopamine, ketika bergerak balas terhadap rangsangan kesakitan. Tanpa dopamine, endorphine tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Sakit sendi dan ketidakseimbangan hormon

Kebanyakan wanita mula mengadu sakit sendi apabila berada dalam perimenopous atau di ambang menopaus. Perubahan hormon yang berlaku semasa fasa pertukaran ini, terutama membabitkan perubahan turun dan naiknya paras estrogen, akan menjejaskan kesihatan sendi kita. Estrogen, kebiasaannya mempunyai kesan anti radang dalam badan kita, maka penurunan paras estrogen juga boleh menambahkan simptom sakit sendi.

Ubat-ubatan sakit sendi dan wanita

Wanita memberikan reaksi berbeza terhadap ubat-ubatan untuk melegakan sakit sendi. Contohnya, turun dan naiknya paras hormon boleh merendahkan jumlah ubat yang mengalir dalam darah. Ini bermakna wanita mungkin memerlukan lebih daripada dos piawai. Tambahan pula, sistem pencernaan wanita lebih perlahan berbanding lelaki, ini mengakibatkan sesetengah ubat-ubatan (seperti penahan sakit) mengambil masa yang lebih lama untuk melalui saluran pencernaan sebelum ia diserap sepenuhnya. Disebabkan kepekaan terhadap rasa sakit meningkat apabila mendekati waktu datangnya haid, maka lebih banyak ubat penahan sakit diperlukan pada ketika ini.

Dr Tucker berkata, wanita harus berhati-hati dalam hal ini, cuba dapatkan diagnosis yang tepat secara berterusan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai.

Pendekatan semula jadi terhadap sakit sendi

Penemuan klinikal menunjukkan bahawa glukosamina sulfat dan kondroitin sulfat adalah alternatif yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan simptom arthritis seperti kesakitan, pembengkakan dan kekejangan. Hasil analisis yang komprehensif memaparkan keberkesanan glucosamina sulfate yang begitu ketara untuk melambatkan proses pemusnahan rawan sendi.

Bagaimanakah glukosamina dan kondroitin berfungsi?

Glukosamina dan kondroitin adalah dua molekul yang membina rawan antara sendi. Dalam sendi anda, rawan mengalami proses pemecahan dan pembaikan secara berterusan. Bagaimanapun, untuk membolehkan proses pembaikan berjalan dengan sempurna, bahan asas untuk membina rawan mestilah wujud dan sentiasa tersedia. Pengambilan suplemen glukosamina dan kondroitin adalah berlandaskan teori supaya bahan binaan akan sentiasa tersedia untuk membaik pulih rawan.

Glukosamina menjadi pemangkin kepada molekul yang dipanggil glykosaminoglykan iaitu molekul yang digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.

Kondroitin menjadi glykosaminoglykan yang paling banyak dalam rawan dan bertanggung jawab membuat rawan mudah dilentur.

Rawatan menggunakan suplemen sendi adalah berasakan teori bahawa pengambilan secara memakan glukosamina dan kondroitin mungkin meningkatkan kadar pembentukan rawan baru dengan menyediakan lebih banyak bahan asas yang diperlukan untuk membinanya. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, kedua bahan itu seharusnya diambil bersama.

Ketika memilih jenis suplemen glukosamina dan kondroitin yang betul, adalah penting memastikan bahawa suplemen itu berasal daripada komponen sulfat yang terbukti keberkesanannya melalui ujian klinikal.

Mereka adalah bahan semula jadi yang terdapat di dalam dan di sekeliling sel rawan. Lapisan rawan yang dihasilkan daripada sulfat lebih mudah dilentur menyebabkan sendi lebih fleksibel dan mudah dibengkok. Selain daripada itu, sebatian hidroklorida menghasilkan rawan yang padat dan tidak fleksibel.

Bagi penghidap hipertensi atau mengamalkan diet dengan paras garam terhad, mereka boleh beralih kepada sebatian glukosamina + kondroitin yang bebas garam untuk sendi yang lebih sihat. Berilah khasiat bahan semula jadi kepada sendi anda untuk mendapatkan semula kebebasan bergerak dan vitaliti yang sepatutnya anda miliki.

Tamatkan riwayat kesakitan, mulalah mengambil suplemen Jeli Gamat GOLD dan berikan sendi anda perlindungan yang terbaik. 

Tuesday, May 11, 2010

TIDAK HAMIL TAPI TIADA HAID

 

Tiga ujian air kencing tidak menunjukan saya mengandung, tapi mengapa saya masih tidak datang haid?

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.

Kadang-kadang wanita terpaksa mengambil ubat menolong mengatasi ketidak seimbangan hormon ini supaya mereka mempunyai kitaran haid dengan normal tetapi sekiranya anda tidak mengalami haid selama 3-4 bulan berturut-turut, dan ujian didapati negatif, anda perlulah berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengalami masalah seperti berikut

Terlalu banyak hormon prolaktin

Sekiranya terlalu banyak hormon prolaktin, wanita mungkin tidak akan mengalami haid berbulan-bulan lamanya. Kita selalunya menghasilkan hormon prolaktin semasa menyusu badan anak, sebab itulah, kita tidak dating haid diwaktu itu, sekiranya ini terjadi kepada anda, mungkin anda akan perasan sedikit cecair seperti susu keluar dari putting. Keadaan ini selalunya dirawat mengunakan ubat.

Masalah tiroid berlebihan

Sekiranya kelenjar tiroid anda tidak berkerja dengan betul, ia boleh menganggu haid anda. Simtom-simtom lain termasuklah keletihan yang berpanjangan, rambut gugur, kenaikkan berat badan, rasa sejuk yang berpanjangan. Sedikit ujian darah boleh menentukan samada anda mengalami masalah ini.

MENINGGIKAN PELUANG UNTUK MELAHIRKAN ANAK SIHAT WALAUPUN BERUSIA

Bagaimana saya boleh meninggikan peluang saya untuk melahirkan anak yang sihat walaupun saya sudah berusia?

Tahap kesihatan yang baik sebelum dan semasa hamil akan mengurangkan risiko komplikasi.
Pastikan anda:
  • Mendapat cukup asid folik di dalam diet. Dos yang disarankan ialah 0.4mg sehari. Disamping itu, anda juga digalakkan memakan makanan yang kaya dengan asid folik seperti sayuran hijau, kekacang dan buahan bercitrus.
  • Kurangkan pengambilan cafin kerana ia dikaitkan dengan keguguran dan kelahiran pramatang.
  • Amalkan gaya hidup sihat, diet seimbang dan makan makanan yang berkhasiat. Pastikan cukup vitamin dan mineral dalam diet seharian dan minumlah minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu dan makanan yang berasal dari tenusu.
  • Bersenam secara rutin.
  • Jangan minum alkohol atau makan sebarang ubat yang tidak disarankan oleh doktor.
  • Jangan merokok
Disamping itu, pastikan mendapat rawatan prenatal yang optimal sebaik sahaja anda disahkan hamil. Buatlah temujanji secara rutin sepanjang tempoh hamil untuk memastikan kandungan anda dalam keadaan yang memuaskan.

Apakah jenis ujian prenatal yang perlu saya lalui sekiranya saya sudah berusia 35 tahun?

Kerana wanita berusia lebih cenderung mendapat masalah semasa hamil, ujian beberapa ujian adalah disarankan. Sesetengah dari ujian ini memerlukan kaunseling genetik termasuk perbincangan yang mendalam tentang risiko dan kebaikannya. samada anda memilih untuk menjalani ujian tersebut bergantung sepenuhnya terhadap anda. Anda boleh membaca lebih detail tentang ujian tersebut disini.

RISIKO KEGUGURAN BAGI WANITA BERUSIA

Adakah wanita yang berusia, lebih berisiko untuk keguguran?

Penyelidikan telah menunjukkan yang risiko keguguran adalah diantara 12-15% dikalangan mereka yang berusia 20’an dan ia meningkat kepada 25% pada wanita yang berusia 40’an. Kenaikkan ini berlaku kerana meningkatnya kes-kes kromosom tidak normal dan telur yang tidak berkualiti dikalangan wanita yang lebih berusia.

Adakah masalah-masalah lain yang boleh dihadapi oleh wanita yang berusia 35 tahun keatas?

Ya!..Mereka juga lebih terdedah kepada masalah perubatan kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Adalah penting untuk anda pastikan penyakit ini di kawal sepenuhnya sebelum berusaha untuk hamil, kerana ia meninggikan risiko terhadap kesihatan ibu dan bayi. Rawatan yang optimal sebelum hamil dan semasa hamil akan mengurangkan komplikasi penyakit ini.

Darah tinggi dan kencing manis juga boleh terjadi semasa hamil terutama kepada mereka yang melebihi usia 30. Sekiranya anda berusia 35 tahun, adalah sangat penting untuk anda mendapat diagnosa dan rawatan awal terhadap penyakit ini.

Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan juga tinggi dikalangan wanita berusia 35 tahun keatas. Wanita berusia juga lebih cenderung untuk melahirkan anak yang lebih kecil saiznya.
Kelahiran secara cesarean juga tinggi terutamanya dikalangan mereka yang hamil anak pertama.

HAMIL SELEPAS 35 TAHUN

Bagaimana usia boleh mempengaruhi kesuburan wanita?

Apabila wanita sudah mencapai usia 30’an, mereka akan mengalami kekurangan tahap kesuburan. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh:

- Kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti.
- Kekurangan sperma berkualiti.
- Kekurangan kadar hubungan seks.
- Masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan salur peranakan.

    Adakah hamil selepas usia 35 selamat?

    Walaupun perubatan yang moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda.

    Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam usia yang lewat, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengannya dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko tersebut. Ini adalah untuk meninggikan peluang kearah kehamilan ‘problem–free’ dan kelahiran anak yang sihat

    Adakah saya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak yang cacat sekiranya saya berusia 35 tahun keatas?

    Risiko untuk melahirkan anak cacat menjadi tinggi apabila usia semakin tua. Ini mungkin disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Secara kasarnya, 1 dalam 1400 bayi dilahirkan oleh wanita pada usia 20’an mengalami sindrom down, dan kadar ini akan menjadi 1 dalam 100 apabila ibu mencecah 40’an.

    FAKTA OVULASI


    Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan.

    Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.

    Fakta utama ovulasi

    • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
    • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
    • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
    • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
    • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
    • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
    • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
    • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
    • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
    • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.

    7 SEBAB KENAPA ANDA SELALU LETIH


    Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

    Sebab 1 : Kekurangan darah

    Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

    Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

    Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

    Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

    Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

    Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

    Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

    Sebab ke 3 : Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

    Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

    UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

    Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

    Sebab ke 4 : Terlebih Caffeine

    Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

    Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

    Sebab ke 5 : Alahan makanan

    Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

    Sebab ke 6 : Sleep Apnea

    Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

    ‘Sleep Apnea' adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

    Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.

    Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

    Sebab No 7 : Lemah Jantung

    Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

    Kami Ada Penyelesaian Bagi Membantu Anda Mencegah & Merawat.

    10 KEBAIKAN SEKS YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

    Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
    1. Seks mengurangkan tekanan
      Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.
    2. Seks meninggikan Immuniti badan
      Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
    3. Seks membakar lemak
      Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
    4. Seks menguatkan kesihatan jantung
      Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
    5. Seks meninggikan Self-Esteem
      Seks  meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita  merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
    6. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
      Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
    7. Seks mengurangkan sakit
      Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
    8. Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
      Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
    9. Seks menguatkan otot pelvis
      Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
    10. Seks membuat anda tidur lebih lena
      Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

    Kepentingan ASID FOLIK

    Asid Folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

    Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

    Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

    • Keluarga yang pernah mengalami NTD
    • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
    • Mengambil ubat sawan
    • Kencing manis
    Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

    Selain itu, anda disarankan untuk mengamalkan juga Jeli Gamat Gold & Spirulina Pacifica kerana ia dapat membantu merangsang pertumbuhan serta perkembangan sel bayi dengan baik ketika dalam kandungan. Spirulina Pacifica membekalkan 46 daripada 50 nutrien penting yang diperlukan sel-sel badan setiap hari. Justeru, ia digelar sebagai makanan paling sempurna di dunia. Ia juga kaya dengan vitamin B9 yang anda boleh dapati secara semulajadi.

    Menurut kajian terkini, dalam Spirulina Pacifica satu-satunya Spirulina di dunia yang mengandungi sumber Vitamin K2 iaitu salah satu nutrien yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan pemadatan tulang. Ini penting terutama kepada perkembangan bayi yang sihat ketika dalam kandungan.

    Berdasarkan juga pengalaman wanita hamil yang telah mengamalkan sejak hamil sehinggalah selepas bersalin dan ketika berpantang, antara kesan ketara adalah bersalin mudah, luka-luka selepas bersalin samada secara normal atau pembedahan cepat kering kerana kuasa penyembuhannya 2 setengah kali ganda lebih cepat berbanding ikan haruan. Selain itu, rahim cepat kecut & cepat naik semula, perut tidak menggelebeh serta mengembalikan bentuk badan seperti anak dara. Kulit bayi juga cerah dan cantik. DAN yang paling penting dapat mengurangkan risiko bayi kuning yang lama.

    Sayangilah kandungan anda dengan mengamalkan Jeli Gamat Gold & Spirulina Pacifica.

    Cubalah hari ini!




    Borang Pesanan (klik sini)


    FAHAMI SISTEM REPRODUKSI ANDA

    Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

    Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
    Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

    Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi  menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

    Kitaran Haid

    Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.

    Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

    Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
    Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur.

    Ovulasi

     
    Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.
    Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
    Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.

    Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
    Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.

    Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.

    Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.

    Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?


     Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim.  Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.
    Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah

    12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LAMBAT


    Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
    Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
    • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
    • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
    • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
    • Berlebihan hormon prolaktin:
      Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
    • Menyusu badan:
      Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
    • Masalah tiroid:
      Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
    • Gemuk:
      Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
    • Terlalu kurus:
      Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
    • Tersilap kira:
      Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
    • Menopos:
      Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
    • Pencegah hamil:
      Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
    • Hamil:
      akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

    Apa yang anda perlu buat sekarang?

    Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.


    Saturday, April 3, 2010

    Sukar Peroleh Anak


     
    Dipetik Daripada NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

    APABILA timbul masalah mendapatkan anak, tiada siapa harus dipersalahkan sebelum pasangan suami isteri menjalani pemeriksaan kesuburan bagi mencari di mana silapnya.

    Banyak pasangan menghadapi masalah kerana suami kurang bekerjasama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan sedangkan pemeriksaan kesuburan untuk wanita lebih banyak dan leceh.

    Inilah nasihat Ketua Unit Klinik Kesuburan, Bahagian Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Masyarakat (LPPKN), Dr Abdul Ghafar Abdul Razak. Masalah kesuburan boleh berlaku di kedua-dua belah pihak, iaitu 30 peratus berpunca daripada suami, 30 peratus daripada isteri, 30 peratus gabungan kedua-duanya, manakala 10 peratus lagi tidak diketahui.

    Oleh kerana pecahan antara suami dan isteri seimbang, sepatutnya tidak timbul isu menyalahkan mana-mana pihak. Jika ini melanda anda, jangan terlalu susah hati kerana ramai lagi pasangan mengalami masalah begini.

    Bancian menunjukkan 87 hingga 90 peratus pasangan berjaya mendapatkan anak selepas setahun berkahwin dan mengamalkan seks tanpa perlindungan. Sebanyak 10 hingga 13 peratus lagi ada masalah kesuburan dan 20 peratus daripadanya yang mendapatkan rawatan kesuburan berjaya mendapatkan anak.

    Dr Abdul Ghafar berkata, bagi lelaki, dua faktor utama menyumbang kepada perkara ini, iaitu ketidakupayaan melakukan hubungan seksual dan masalah sperma. Manakala masalah di pihak isteri lebih banyak seperti keupayaan mengadakan hubungan seks, masalah ovulasi, endometriosis, ketiadaan organ reproduktif iaitu rahim serta mempunyai antibodi terhadap sperma dan ovum.

    “Masalah sukar mendapat anak adalah masalah bersama dan perlu dirawat. Sama-sama perlu menjalani pemeriksaan kesuburan dan memberi kerjasama apabila mendapatkan rawatan. Pengesanan awal akan meningkatkan peluang untuk berjaya.

    “Peluang juga bergantung kepada umur isteri sebab kualiti telur menurun dengan peningkatan umur. Ini sebabnya penyiasatan kesuburan perlu dilakukan secepat mungkin, terutama bagi pasangan melebihi umur 35 tahun,” katanya dalam ceramah kesihatan bulanan anjuran LPPKN mengenai bayi tabung uji.

    Katanya, masalah kesuburan boleh dibahagikan kepada faktor suami dan isteri, iaitu:

    Pengurusan masalah kesuburan mempunyai beberapa peringkat; dimulakan dengan penyiasatan (mengenal pasti punca), rawatan, pemantauan ke atas tindak balas terhadap rawatan serta tindakan seperti mempertemukan benih.

    Penyiasatan untuk suami pada umumnya jauh lebih mudah dan ringkas kerana ia hanya membabitkan pemeriksaan air mani, iaitu untuk mengetahui bilangan sperma, kebolehannya berenang dan mempunyai bentuk normal.

    Air mani lelaki mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 juta sperma bagi setiap satu mililiter dan 50 peratus daripadanya perlu boleh bergerak cergas dan berenang dengan baik. Daripada jumlah ini, 30 peratus mesti mempunyai bentuk normal kerana sperma perlu berenang melepasi rahim menuju ke telur yang menanti dalam tiub fallopian.

    “Ujian pada lelaki bukan saja mudah, tetapi boleh dilakukan bila-bila masa. Sebaliknya pemeriksaan wanita hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu, iaitu ketika pengeluaran telur yang membabitkan beberapa peringkat seperti analisis hormon yang dipanggil Hormon Perangsang Folikel (FSH) dan hormon Lutein (LH).

    “Hormon FSH bertugas memilih telur, manakala hormon LH bertanggungjawab merangsang perkembangan telur. Biasanya jika paras hormon ini dalam keadaan baik, ia menunjukkan telur yang akan dikeluarkan juga baik,” katanya.

    Wanita juga perlu menjalani pemeriksaan tiub fallopian, iaitu tempat benih berjumpa, supaya dalam keadaan baik dan tidak tersumbat. Pemeriksaan ini boleh dilakukan melalui ujian sinar-X dan memasukkan sedikit pewarna khas ke dalam tiub. Satu teropong dipanggil elektroskopi akan dimasukkan di bawah pusat bagi melihat keadaan tiub ini.

    Status rahim dan ovari juga akan diperiksa untuk mengesan ketumbuhan atau masalah dalam rahim seperti fibroid, endometriosis serta sista.

    Dr Abdul Ghafar berkata, haid yang tidak teratur antara petanda masalah kesuburan. Dalam keadaan biasa (haid teratur), bukan semua telur dihasilkan mempunyai benih. Dianggarkan antara 60 dan 70 peratus yang berkualiti dan mempunyai benih. Bagi yang menghadapi masalah haid tidak teratur, bermakna pengeluaran telur juga tidak menentu.

    Namun, jangan berputus asa kerana ada rawatan boleh membantu mendapatkan anak. Antara kaedah sekarang ialah IVF (persenyawaan in-vitro), IUS (permanian beradas) atau ICSI (menyuntik sperma ke dalam telur) — semuanya adalah rawatan panjang.

    Namun yang paling popular ialah IVF. ICSI hanya dilakukan jika suami mengalami masalah kurang sperma atau mempunyai sperma berkualiti rendah. Dalam IVF, pemeriksaan telur dijalankan terlebih dulu bagi memastikan ia mengandungi benih sebelum disenyawakan.

    Kemudian baru telur disenyawakan dengan sperma membentuk embrio. Embrio ini dipantau sepanjang masa kerana 60 hingga 70 peratus saja yang akan ‘hidup’. Selepas dua hari, baru embrio ini disuntik masuk ke dalam rahim.

    Selepas dua minggu, wanita perlu menjalani ujian hormon. Jika paras hormon tinggi, peluang embrio membesar menjadi janin juga cerah. Pada masa sama, wanita berkenaan memerlukan suntikan hormon bagi menghalang kelenjar pituitari mengeluarkan FSH dan LH.

    Dr Abdul Ghafar berkata, walaupun bunyinya sukar, ia memberi harapan kepada pasangan untuk menimang anak sendiri.

    Faktor lelaki
     
    - Tidak upaya melakukan hubungan seks.

    - Masalah sperma.

    Faktor wanita

    - Masalah melakukan hubungan seks.

    - Masalah ovulasi.

    - Kehadiran endometriosis.

    - Ketiadaan rahim.

    - Mempunyai antibodi terhadap sperma dan ovum (telur).

    - Umur

    Sukar Dapat Anak Kedua


    Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

    “SUDAH puas mencuba, tetapi masih tidak berjaya. Macam-macam kaedah kami cuba, nampaknya belum ada rezeki untuk dapat anak kedua. Anak pertama sudah bersekolah dan asyik bertanya bila boleh dapat adik. Dia teringin hendak ada adik macam kawan lain,” luah seorang teman.


    Katanya, mereka tiada masalah kesuburan kerana dia mengandung selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Sebenarnya banyak pasangan turut menghadapi masalah untuk mendapat anak kedua, walaupun mencuba pelbagai cara.

    Isu kesukaran mendapat anak adalah perkara kompleks dan sensitif. Ada pasangan bercerai berai kerana isu ini. Malah, ada lelaki mengambil kesempatan menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk berkahwin lagi. Sebelum sebarang keputusan diambil, banyak perkara perlu dipertimbangkan, termasuk tabiat dan gaya hidup anda.

    Semua orang tahu tahap kesuburan menurun dengan peningkatan usia, terutama bagi wanita. Bagi lelaki pula, mereka masih berpeluang mempunyai anak walaupun berusia 60 tahun kerana sperma dihasilkan sepanjang hayat.

    Secara purata, kebanyakan lelaki mengeluarkan kira-kira 120 hingga 600 juta sperma setiap kali ejakulasi. Bagaimanapun, 90 peratus daripadanya tidak mampu berenang memasuki rahim dan hanya satu iaitu sperma yang benar-benar cergas dan sempurna berjaya mensenyawakan telur dalam tiub fallopian.

    Telur yang disenyawakan pula mengambil masa kira-kira 96 jam untuk ada di dalam tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Terlalu awal atau lewat sampai ke rahim akan menyebabkan kehamilan tidak berlaku.

    Ketika ini, paras semua hormon yang diperlukan untuk mengandung mestilah pada tahap optimum supaya lapisan dinding rahim yang menjadi tempat telur melekat (dan membesar menjadi embrio) boleh terbentuk dengan sempurna.

    Bagaimanapun, keadaan optimum ini kadangkala sukar diperoleh dan ini menyebabkan pasangan perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan anak. Pakar sakit puan mengatakan peluang mensenyawakan telur dan mengandung hanya 25 peratus setiap bulan, tidak kira berapa kali hubungan seksual diadakan.

    Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:


  • Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.
















  • Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa kafein.
















  • Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.
















  • Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.
















  • Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.
















  • Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.
















  • Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.










  • Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.










  • Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat.










  • Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:
















  • Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.
















  • Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.
















  • Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak.










  • Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.
















  • Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.
















  • Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.
















  • Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.






  • Keguguran Berulang Masih Ada Peluang Hamil


    Oleh: ROSLAH OTHMAN


    DR. ZAMRI Abdul Rahim menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ibu-ibu yang kerap mengalami keguguran boleh juga mengalami proses ini jika berisiko untuk melahirkan bayi secara normal.

    JANGAN putus asa dan kecewa apabila mengalami keguguran, sebaliknya berusaha menjaga kesihatan dan mengambil langkah menjaga kandungan lebih serius sebaik disahkan hamil.

    Wanita yang mengalami masalah sering keguguran berulang atau dalam istilah perubatannya disebut Recurrent Miscarriage biasanya akan mengalami fenomena ini.

    Antara soalan yang sering diajukan kepada doktor sakit puan ialah “Apakah saya masih berpeluang untuk hamil lagi” atau “Sampai bilakah saya akan terus menghadapinya.”

    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abdul Rahim, ketika diajukan perkara sama berkata, peluang untuk seseorang itu memperoleh anak masih tinggi iaitu 60 hingga 70 peratus sekiranya pengesanan lebih awal punca kenapa keguguran itu berlaku dijalankan.

    Katanya, wanita yang pernah mengalami keguguran pada kandungan pertama tidak perlu gusar atau terlalu bersedih kerana ia kejadian normal bagi kebanyakan orang.

    “Secara ringkasnya, wanita yang pernah mengalami keguguran juga bermakna pernah hamil, malah tiada masalah untuk mereka hamil lagi berbanding wanita yang belum pernah hamil.

    Bagaimanapun, wanita yang pernah keguguran bermakna ia lebih berisiko untuk mengalami keguguran kali kedua atau ketiga dan seterusnya,’’ ujarnya dalam pertemuan dengan MEGA.

    Seseorang itu dikatakan mengalami keguguran berulang apabila mengalami tiga kali keguguran atau lebih sebelum 24 minggu usia kandungan.

    Bagaimanapun senario kini menjelaskan wanita yang pernah mengalami masalah tersebut jarang menunggu sehingga keguguran yang seterusnya.

    Sebaliknya kata Dr. Zamri, selepas keguguran pertama mereka dinasihatkan agar menjalani ujian tertentu bagi mengesan punca kejadian.

    “Ujian-ujian tertentu seperti ujian darah, ultrabunyi dan karyotype, khususnya bagi keguguran berulang perlu dilakukan untuk mengkaji bahan baka suami dan isteri dan mengenalpasti punca keguguran itu berlaku.

    Punca keguguran seeloknya dikenal pasti supaya masalah itu dapat dirawat sebelum wanita itu hamil semula,’’ ujarnya.

    Menurut Dr. Zamri, dianggarkan antara 15-20 peratus kandungan akan mengalami keguguran cara begini. Keguguran yang berlaku secara rambang amat susah untuk dicegah dan kejadian ini dianggarkan hanya satu peratus melibatkan kalangan wanita sahaja.

    Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas wanita yang bermasalah seperti ini, majoriti mereka tidak mempunyai sebab yang jelas.

    Kata Dr. Zamri, sering kali masalah servik yang lemah dikatakan punca keguguran, tetapi sebenarnya ia bukanlah punca utama. Sebaliknya terdapat juga faktor lain seperti ginetik, sistem peranakan tidak normal, fabroid dan hormon tidak seimbang.

    Beliau juga menjelaskan bahawa wanita berusia melebihi 40 tahun juga berisiko menghadapi masalah ini. Oleh itu wanita yang berkahwin dinasihatkan agar hamil pada usia muda untuk mengelakkan kromosom tidak normal.

    “Sebahagian besar punca tidak diketahui dan kebanyakan kes ini dirawat secara empirikal tanpa bukti jelas yang ia berkesan.

    “Temu janji dengan doktor sekerap yang mungkin berserta dengan ujian ultrabunyi setiap kali rawatan dapat menbantu wanita dari segi psikologi,’’ ujarnya.

    CARA RAWATAN

    *Aspirin pada dos yang rendah seperti 75 mg setiap hari atau heparin digunakan pada mereka yang mempunyai masalah sindrom antifosfolipid.

    *Penggunaan aspirin sudah mencukupi bagi merawat masalah ini. Kadang kala steroid bersama dengan aspirin digunakan tetapi steroid memberikan lebih banyak kesan sampingan.

    *Suntikan hormon hCG bagi membantu perkembangan embrio pada peringkat awal kandungan terutamanya bagi wanita yang mempunyai haid yang sedikit.

    *Penggunaan hormon progresteron

    *Tidak ada sebarang bukti kukuh ia dapat membantu keguguran dari berlaku.

    *Sekiranya punca keguguran adalah kerana servik yang lemah, maka servik perlu dijahit bagi memperkuatkannya sebelum ia terbuka.

    *Ini dilakukan apabila janin dikenal pasti, dapat dilihat dan normal.

    *Diagnosa servik lemah adalah satu diagnosa secara restopektif dengan melihat sejarah kandungan lalu.

    *Walaupun pelbagai cara dilakukan ianya tidak menjamin seseorang itu tidak akan mengalami keguguran sekali lagi. Adalah dipercayai sokongan dari segi psikologi dan penjagaan sejak awal lagi juga dapat membantu mereka terutama daripada suami.

    *Selepas keguguran, ibu lazimnya dinasihatkan berehat dan hanya cuba hamil kembali selepas tiga bulan sekiranya umur ibu itu masih muda.

    FAKTOR KEGUGURAN BERULANG

    Faktor Ginetik

    *Dianggarkan kira-kira tiga hingga lima peratus pasangan yang berhadapan dengan masalah ini didapati salah seorang antara mereka membawa kromosom yang tidak normal.

    Sistem peranakan tidak normal

    *Fibroid yang wujud dalam rongga rahim juga boleh menyebabkan keguguran.

    Kecacatan Rahim

    *Sukar untuk ditentukan sama ada kecacatan rahim penyebab penting sebagai punca terjadinya keguguran berulang. Kajian menunjukkan, kejadian kecacatan rahim sesetengah wanita yang mempunyai kandungan dan kelahiran normal adalah sama dengan wanita yang bermasalah keguguran berulang.

    Contoh kecacatan yang sering ditemui adalah rahim berkembar (bicornuate uterus) dan septum dalam rongga rahim.

    Pintu Rahim Lemah

    *Masalah servik atau pintu rahim lemah (incompetence) menyebabkan keguguran berlaku ketika trimester kedua iaitu dalam lingkungan 14 hingga 24 minggu. Kecederaan pada servik yang terjadi ketika D&C dan biopsi kon dikenal pasti sebagai punca servik lemah.

    Ada wanita mengalami keguguran ketika trimester (kandungan peringkat awal atau tiga bulan pertama) kedua mempunyai servik yang lemah sejak lahir.

    Faktor Jangkitan

    *Sebarang jangkitan bakteria atau virus serius pada wanita yang mengandung akan menyebabkan keguguran.

    Jangkitan kuman yang berulang tidak dapat ditentukan dengan pasti. Misalnya, jangkitan Toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan listeria pada ketika dulu dipercayai punca yang menyebabkan keguguran.

    *Kehadiran kuman bakteria vaginosis dikaitkan dengan kelahiran tidak cukup bulan dan keguguran trimester kedua dan bukan punca keguguran pada awal 12 minggu. Infeksi kuman atau virus sebagai punca keguguran amat sukar untuk dibuktikan.

    Faktor Endokrin

    *Kekurangan hormon progesteron pada fasa luteal (dua minggu sebelum haid) pusingan haid dan peringkat awal kandungan dipercayai sebagai punca keguguran berulang berlaku. Kajian klinikal menunjukkan pengambilan hormon progesteron pada awal kandungan tidak memberi apa-apa kelebihan pada hasil kandungan. Selain itu, suntikan hormon hCG juga tidak menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dari segi hasil kandungan.

    Penyakit seperti kencing manis

    *Penyakit kencing manis yang tidak terkawal ketika atau sebelum mengandung juga menjadi punca keguguran. Kencing manis menyebabkan risiko keguguran dan kecacatan bayi meningkat. Selain itu, penyakit kelenjar tiroid dan polycystic ovarian syndrome juga didapati berisiko keguguran yang tinggi.


    Bahaya Senggugut


    Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

    SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

    Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) ‘tumbuh’ di luar rahim — sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

    Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

    Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

    Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

    Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

    Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

    Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

    Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

    Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

    Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

    Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

    Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

    Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.

    Rawatan

    Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

    Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi.

    Endometriosis boleh dirawat dengan menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron yang merangsang pertumbuhan sel endometrium. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengambilan ubat atau pembedahan.
     
    a. Ubat

  • Pil pencegah kehamilan

    Biasanya endometriosis dirawat dengan pil pencegah kehamilan. Pil ini akan menghentikan pengeluaran telur dan kitaran haid pesakit buat sementara waktu. Ia dapat mencegah endometriosis daripada merebak dan mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai jika endometriosis masih kecil.


  • Hormon estrogen

    Pemberian hormon ini, sama ada dalam bentuk pil atau suntikan pada dos tinggi, boleh mengganggu fungsi ovari dan mengurangkan rangsangan terhadap pertumbuhan endometrium. Bagaimanapun, ia juga hanya sesuai jika saiz endometriosis kecil.


  • Derivatif hormon lelaki (testosteron)

    Diambil secara oral boleh menghalang badan menghasilkan hormon estrogen dan menghentikan pertumbuhan sel endometrium.

    b. Pembedahan


  • Pembedahan konservatif

    Bagi mengekalkan kemampuan wan++ita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.


  • Pembedahan bukan konservatif

    Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

    Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai endometriosis, sila layari laman web www.ogsm.org.my

    Gejala

    Gejala paling umum ialah:


  • Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.

  • Sakit ketika mengadakan hubungan seks.

  • Sakit dalam usus ketika haid.

  • Sakit ketika buang air kecil.

  • Abdomen (perut) kembung ketika haid.

  • Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.

  • Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).

  • Cirit-birit atau sembelit.

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...